PRU15 | Pertimbang kerjasama Pas-UMNO di Pulau Pinang

2022-10-14 0

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, hubungan rapat dan kerjasama baik UMNO Pulau Pinang dan Pas menjadi antara faktor parti itu mahu mengelak pertembungan dengan calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke 15.

Menurutnya, walaupun pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah memutuskan untuk bergerak solo pada PRU15 ini, namun situasi di Pulau Pinang sedikit berbeza kerana kedua-dua parti itu masih berbincang untuk bekerjasama dalam PRU-15.